Bekas Setiausaha Pejabat kepada Timbalan Ketua Setiausaha
Perbendaharaan (Pelaburan) di Kementerian Kewangan didakwa di Mahkamah
Sesyen Jalan Duta hari ini atas lima
pertuduhan termasuk dua pertuduhan pilihan kesalahan meminta dan menerima
rasuah dianggarkan RM3 juta.
Tertuduh Rohaya Sabot, 39, berbaju kurung tampil di mahkamah
pukul 8.50 bersama peguamnya sebelum petuduhannya dibacakan pukul 9.25 pagi di
hadapan Hakim Azman Ahmad.
Loading...
Rohaya yang masih berkhidmat sebagai penjawat awam di
kementerian sama bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon kes
dibicarakan.
Mengikut fakta kes, Rohaya didakwa melakukan kesalahan
antara 25 November dan 26 Disember 2018.
Dalam pertuduhan pertama, Rohaya didakwa meminta suatu
suapan daripada Wan Mohamad Wan Yusuf wang tunai berjumlah RM3 juta sebagai
dorongan untuk dirinya sebagai pegawai badan awam dikementerian Kewangan
membantu Wan Mohamad selaku wakil Syarikat Allied Vantage International Group
Limited (AVL) dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset kerajaan iaitu
bangunan kerajaan iaitu bangunan Malaysia beralamat di Gloucester Wanchai, Hong
Kong di alamat PappaRich Ayer@8, Presint 8, Putrajaya pada 25 November lalu.
Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menerima suapan wang
berjumlah RM50,000 daripada Wan Mohamad melalui akaun CIMB Bank untuk dorongan
yang sama pada 14 Disember 2018.
loading...
Manakala dalam pertuduhan ketiga pula, Rohaya didakwa
sebagai penjawat awam secara rasuah menerima suatu wang suapan RM3,000 daripada
Wan Mohamad melalui deposit tunai kepada akaun Maybank Islamic Berhad untuk
dorongan sama diberalamat Maybank Islamic Berhad Al-Idrus, cawangan Kuching
beralamat di Wisma Satok Jalan Satok Sarawak pada 26 Disember 2018.
Beliau dituduh melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di bawah
Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694)
dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Jika disabtitkan kesalahan, Rohaya boleh dihukum penjara
tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000,
mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Rohaya turut dibacakan dua pertuduhan pilihan melibatkan
penipuan iaitu pada pertuduhan pilihan kedua, dia didakwa menipu dengan
curangnya mendorong penama Wan Mohamad Wan Yusof memindahkan wang sebanyak
RM50,000 dari akaun CIMB bank ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya
untuk dorongan sama iaitu mendapatkan bangunan kerajaan Malaysia di Hong Kong
pada 14 Disember 2018.
Dalam pertuduhan pilihan ketiga pula Rohaya pada 26 Disember
2018, turut didakwa untuk dorongan sama menipu dan mendorong Wan Mohamad
memasukkan wang berjumlah RM3,000 ke dalam akaun Maybank Islamic Berhad
miliknya.
Dia didakwa melakukan kedua dua kesalahan itu dibawah
Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Rohaya dituduh melakukan kesalahan kedua hingga kelima
beralamat di Maybank Islamik Berhad Al-Idrus, cawangan Kuching, beralamat di
cawangan Wisma Satok, Tingkat 1, Wisma Satok, Daerah Kuching, Negeri Sarawak.
Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10
tahun dengan sebat dan juga denda.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM,
Zander Lim Yai Keong dan diwakili peguam bela Ravin J dari tetuan Haijan
&Co.
Zander Lim mencadangkan mahkamah supaya tertuduh dibenarkan
jaminan berjumlah RM20,000 dan menyerahkan dokumen perjalanan sehingga kes
selesai.
Peguambela Ravin J menjelaskan bahawa anak guamnya merupakan
penjawat awam yang berpendaoatan hanya RM5,500 dengan tanggungan pinjaman
peribadi dan pinjaman perumahan yang perlu dijelaskan setiap bulan selain
menjaga bapa yang uzur.
“Yang Arif jaminan dikenakan terhadap seseorang untuk
memastikan tertuduh hadir ke mahkamah sepanjang perbicaraan dan bukan apa yang
ada dalam pertuduhan.
“Kita rayu satu jaminan wang berjumlah RM10,000 dibenarkan
sebagai memudahkan tertuduh menjelaskan wang dan hadir ke perbicaraan,” katanya
sebelum Pendakwaraya meminta amaun itu dikekalkan.
Hakim selepas mendengar hujah kedua dua pihak memutuskan
supaya Rohaya diikat jamin dengan wang jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin
warga Malaysia dengan syarat tambahan pasport antarabangsa perlu diserahkan
kepada mahkamah dan dikehendaki hadir ke cawangan SPRM terdekat minggu pertama
setiap bulan sehingga kes selesai.
Beliau kemudian menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh
sebutan semula kes.- MalaysiaGazette
Rasuah RM3 juta: Bekas setiausaha Kementerian Kewangan minta dibicarakan
Reviewed by Faceless
on
23:44
Rating:

No comments: