Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau
Pinang akan dituduh di Mahkamah Sesyen Georgetown, esok(hari ini), berhubung kes aktiviti
penjualan MyKad kepada warga China di negeri ini.
Sumber berkata, lelaki berumur awal 40-an yang sebelum ini
ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)
itu akan dihadapkan di mahkamah atas beberapa pertuduhan.
Loading...
Media sebelum ini melaporkan beberapa individu termasuk pegawai
kerajaan berpangkat tinggi ditahan polis susulan pembongkaran aktiviti
penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang, baru-baru ini, lapor Berita Harian.
Dalam operasi khas minggu lalu, beberapa kakitangan dan
pegawai sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang termasuk di Putrajaya ditahan
mengikut Akta SOSMA.
Sumber berkata, antara yang ditahan termasuk pegawai JPN
Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung laporan dibuat Jabatan Imigresen
Pulau Pinang mengenai wanita warga China memiliki MyKad sah mahu membuat pasport
Malaysia.
Difahamkan, wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu
datang ke pejabat imigresen negeri bagi membuat pasport Malaysia sebelum
mengemukakan MyKad miliknya yang sah.
Bagaimanapun, status kewarganegaraan wanita terbabit diragui
sebelum imigresen bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Susulan itu, satu operasi sulit dilakukan PDRM sebelum
membawa kepada penahanan beberapa individu dipercayai terbabit kes penjualan
MyKad bernilai RM350,000.
Difahamkan, operasi sulit itu akan menahan beberapa lagi
individu termasuk membongkar sindiket berkenaan.
Katanya, difahamkan, hasil siasatan sehingga kini, kumpulan
itu sudah menjual lebih enam keping MyKad, selain penemuan sejumlah wang tunai
bersama beberapa individu terbabit.
Sindiket jual MyKad tumpas, pegawai berpangkat tinggi akan didakwa
Reviewed by Faceless
on
17:44
Rating:
No comments: