Masih seperti orang muda, Dr M bawa isteri keluar 'dating' sekitar Kuala Lumpur


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memanfaatkan cuti hujung minggu hari ini dengan membawa isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali keluar bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik di media sosial, pemimpin berusia 94 tahun itu dilihat memandu sendiri kereta Proton ke ibu kota bersama isterinya.

Loading...

"Sekali sekala bawa Hasmah dating di KL," katanya dalam satu hantaran di Instagram @chedetofficial, hari ini.


Pasangan romantis itu juga meluangkan masa menjamu selera di sebuah kafe dipercayai di Jalan Bukit Bintang.
loading...

Sehingga kini, hantaran yang mengandungi tiga keping gambar dan satu video itu telah memperoleh lebih 55,000 'likes' dan 2,000 komen netizen.

Hantaran berkenaan turut mencuri tumpuan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memberi komen berbentuk emoji hati (love).

Selain itu, rata-rata netizen juga mengagumi keutuhan cinta Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah selain mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka berdua.

Antaranya @azurashafawi yang mendoakan "Moga Allah SWT sentiasa memelihara, melindungi dan merahmati Tun berdua."

"Bravooo, PM kita masih boleh drive lagi...Semoga PM dan isteri Tun Siti Hasmah...Berbahagia di sentiasa sihat walafiat hendaknya...Tumpang happy Tun..PM kita," kata @miy.cjom.

@qiellaaa pula menyatakan "Best relationship goals. Growing old goals."

"So sweet," kata @Maradiana manakala @rigneshgopal “Nice a good example for how to take care a wife."



Masih seperti orang muda, Dr M bawa isteri keluar 'dating' sekitar Kuala Lumpur Masih seperti orang muda, Dr M bawa isteri keluar 'dating' sekitar Kuala Lumpur Reviewed by Me on 22:13 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.