Tindakan seorang kakitangan Jabatan Audit Negara (NAD) pada
tahun 2016 membantu mengekalkan bukti pindaan ke atas laporan audit 1MDB yang
dilakukan oleh jabatan berkenaan.
Pegawai NAD Nor Salwani Muhammad memberitahu Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur hari ini bahawa dia secara rahsia menyimpan satu daripada 60
salinan laporan asal yang diterbitkan oleh jabatan itu pada 2016.
Loading...
Bosnya ketika itu - Ketua Audit Negara, Ambrin Buang - telah
memerintahkan agar semua 60 naskahlaporan berkenaan dimusnahkan untuk mengelak
kebocoran. Hanya salinan yang telah dipinda diserahkan kepada Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC).
Salinan laporan audit Nor Salwani mempunyai tanda
"09". Dokumen itu dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan
terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang dituduh mengarahkan pindaan ke
atas laporan audit berkenaan.
"Saya menyimpan laporan itu untuk diberikan kepada
ketua audit negara yang baru, dengan niat ikhlas, saya telah menyerahkan
laporan '09' untuk membolehkan ketua audit negara yang baru mendapatkan
keseluruhan gambaran mengenai penemuan audit," kata Salwani.
Dia juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia menyimpan
sesalinan laporan itu secara rahsia kerana mungkin memerlukannya pada kemudian
hari sebagai rujukan.
loading...
Salwani juga telah membekalkan lebih banyak bukti utama
dalam bentuk rakaman audio selama dua jam dan 45 minit yang dirakamkan pada
mesyuarat 24 Feb 2016, yang dihadiri oleh pegawai tertinggi dari kerajaan dan
1MDB.
Katanya, beliau telah memasukkan perakam suara ke dalam
bekas pensel milik pegawai atasannya, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad, wakil
Jabatan JAN tanpa pengetahuannya (Saadatul Nafisah) sebelum mesyuarat bermula.
Saksi pendakwaan kelima itu berkata beliau berbuat demikian
sebagai persediaan untuk membuat minit mesyuarat penyelarasan laporan audit
1MDB berkenaan kerana beliau tidak dibenarkan berada dalam bilik mesyuarat itu. - Malaysiakini
Salwani selamatkan laporan audit asal 1MDB bertanda "09"
Reviewed by Me
on
04:32
Rating:
No comments: