Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mengadakan
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu hari ini bagi mendengar
penjelasan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung video
tular rakaman perbualannya ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung
Piai.
Setiausaha Agung PPBM Datuk Marzuki Yahya berkata mesyurat
itu diadakan bagi meminta Ahmad Faizal mengemukakan alasannya terhadap perkara
yang diperkatakan semasa kempen tersebut.
Loading...
“Ya sudah semestinya kita akan bertanya sebab-sebab yang
dimaksudkan Menteri Besar Perak esok [hari ini].
“Bagi saya perkara-perkara macam ini bukanlah suatu perkara
yang besar, di mana sebelum ini pun ada juga kenyataan-kenyataan yang agak sensitif yang dilontarkan bukan sahaja
dari PPBM tetapi juga daripada rakan-rakan kita yang lain umpamanya Ahli
Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu, Ronnie Liu baru-baru ini.
“Maka kesemua ini kita akan cuba bendung dan kawal terutama
pemimpin-pemimpin kita di peringkat negeri dan juga peringkat bahagian,”
katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Berhikmah
peringkat negeri Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia di sini semalam.
loading...
Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar berkata pada
pengamatannya, apa yang cuba disampaikan oleh menteri besar perak itu adalah
lain tidak lain adalah berhubung pengalamannya.
“Jadi ini bukan bererti kalau kita bercerita tentang
pengalaman, kita hendak mencari masalah dan saya tidak melihat ini masalah yang
besar dan fokus kita adalah PRK Tanjung Piai. Pada saya ia bukan kesalahan
besar,” katanya.
Sementara itu berkenaan PRK
Tanjung Piai, Marzuki menzahirkan keyakinan rakyat terhadap Pakatan
Harapan dengan kemenangan akan beroleh kepada calon PH.
“Saya melihat ada satu usaha yang begitu baik dari
rakan-rakan kita di sana bagi memastikan kemenangan di Tanjung Piai.
“Jika di peringkat awal kita agak kebelakang tetapi hari ini
kita dapat lihat perubahan dan sokongan kepada Pakatan Harapan dilihat begitu
positif, saya yakin penduduk di Tanjung Piai akan memberi sokongan kepada calon
kita,” katanya.
PRK kerusi parlimen Tanjung Piai pada 16 November ini
menyaksikan pertandingan enam penjuru antara Karmaine Sardini, calon Barisan
Nasional (BN) Datuk Seri Wee Jeck Seng, Wendy Subramaniam (Gerakan), Datuk
Badhrulhisham Abdul Aziz daripada Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) serta dua
calon bebas iaitu pengasas pusat tuisyen, Ang Chuan Lock; dan seorang ahloi
perniagaan, Faridah Aryani Abd Ghaffar. — Bernama
‘Solo lawan puak DAP’, MB Perak jawab hari ini, kata PPBM
Reviewed by Me
on
20:02
Rating:
No comments: