Foto The Star
Dr Mahathir Mohamad hari ini secara santai dan bergurau
menjawab soalan berhubung rang undang-undang (RUU) yang mengehadkan seseorang
ahli Dewan Rakyat memegang jawatan perdana menteri selama dua penggal.
Loading...
Ditemui media di lobi parlimen, perdana menteri berkata usia
beliau sekarang sudah menjangkau lebih 90 tahun.
"Saya dah 94 tahun. Adakah kamu mahu saya jadi perdana
menteri pada usia 100 tahun?" katanya seperti dilapor Malaysiakini.
loading...
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui
Keong, dan Timbalan Menteri Kewangan, Amiruddin Hamzah.
Terdahulu Dr Mahathir ditanya pemberita mengenai pendapatnya
berhubung RUU berkenaan yang akan diperkenalkan buat kali pertama di negara
ini.
Melalui RUU tersebut tempoh untuk seseorang ahli Dewan
Rakyat menduduki jawatan perdana menteri hanya dibenarkan selama dua penggal.
'Saya dah 94 tahun, kamu nak saya jadi PM pada usia 100 tahun?'
Reviewed by Faceless
on
22:28
Rating:
No comments: