Tun Mahathir hanya senyum, geleng kepala saat ditanya berhubung Azilah


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya menggelengkan kepala saat ditanya adakah beliau ada berjumpa dengan bekas pasukan Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri.


Loading...

Beliau kelihatan meninggalkan sidang media ketika permeteraian perjanjian Bandar Malaysia sebaik sahaja diajukan soalan berkenaan.

Baru-baru ini, Azilah menerusi akuan berkanunnya mendakwa, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengeluarkan arahan kepada pihaknya untuk membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun Najib menafikan perkara berkenaan, sebaliknya berkata perkara itu merupakan rekaan semata-mata.

Terdahulu, peguam yang mewakili bekas Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara Kajang pada Februari lalu. - Astro Awani

Tun Mahathir hanya senyum, geleng kepala saat ditanya berhubung Azilah Tun Mahathir hanya senyum, geleng kepala saat ditanya berhubung Azilah Reviewed by Faceless on 16:19 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.