Foto The Star
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak meninggalkan mahkamah hari ini yang mana isterinya, Datin
Seri Rosmah Mansor sedang menjalani perbicaraan bagi kes rasuah projek solar.
Hakim, Mohamed Zaini Mazlan mengeluarkan perintah itu
selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib menimbulkan bantahan
terhadap kehadiran Najib di galeri awam.
Loading...
"Saya mohon maaf tetapi saya perlu meminta anda (Najib)
untuk mengundurkan diri anda (dari mahkamah)," kata Mohamed Zaini kepada
Najib yang berada di galeri awam.
Najib kemudian menjawab 'ok' dan dalam keadaan tenang bangun
dan terus beredar meninggalkan galeri awam.
loading...
Terdahulu, Akram membantah kehadiran Najib kerana beliau
adalah saksi berpotensi dalam perbicaraan Rosmah.
"Dalam kes ini, kenyataan Najib direkodkan. Beliau
adalah saksi yang berpotensi," kata Akram pada mahkamah.
Peguam mewakili Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader
bagaimanapun berkata bahawa semalam, Najib turut berada di mahkamah ketika
perbicaraan Rosmah, namun Mohamed Zaini memaklumkan beliau tidak menyedarinya.
Mohamed Zaini kemudian memerintahkan Najib meninggalkan mahkamah.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Kes Rosmah: Hakim perintah Najib keluar mahkamah
Reviewed by Faceless
on
22:02
Rating:
No comments: