GPS setuju sertai kabinet Muhyiddin, kata Abang Jo

Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini mengumumkan persetujuannya

untuk menyertai kabinet yang bakal diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tetapi tetap tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Loading...

Pengerusi GPS Abang Johari Tun Openg berkata penyertaan GPS dalam kabinet ini berdasarkan formula PN+GPS.

Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Ketua Menteri Sarawak berkata keputusan itu dibuat semasa perbincangan dengan Muhyiddin beberapa hari lepas.
loading...

"Biar saya jelaskan bahawa entiti (politik) kita berasingan daripada PN. Kita bukan PN, kita (GPS) adalah entiti berasingan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di ibu pejabat parti itu di Jalan Bako di sini.

Menurut beliau, keputusan ini juga dibuat atas dua premis, iaitu bagi meneruskan perjuangan untuk mencapai apa yang dikehendaki rakyat Sarawak dan membolehkan penyelesaian isu-isu yang antara lain berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan cukai jualan negeri yang dikenakan terhadap Petronas.

Penyertaan GPS dalam Kabinet, katanya, akan membantu Sarawak menyuarakan perkara-perkara ini melalui saluran rasmi.
Abang Johari berkata pada peringkat ini beliau belum dapat mendedahkan jumlah ahli parlimen gabungan itu yang akan dilantik menyertai kabinet.

"Jawatan yang akan diberikan juga adalah prerogatif perdana menteri dan kami menyerahkan kepada Muhyiddin sebab kami tahu beliau seorang yang sangat berpengalaman," katanya.

Abang Johari juga enggan menyatakan siapa yang telah dicalonkan oleh GPS untuk menjadi anggota kabinet itu nanti.
"Saya tidak tahu bila Muhyiddin akan mengumumkan kabinet ini nanti… mungkinlah dalam dua tiga hari lagi," katanya.

- Bernama
GPS setuju sertai kabinet Muhyiddin, kata Abang Jo GPS setuju sertai kabinet Muhyiddin, kata Abang Jo Reviewed by Me on 21:29 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.