Dr M anggap pengguguran pencalonannya tidak sah


Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan penggugurannya sebagai calon Pengerusi bagi pemilihan parti yang akan berlangsung Ogos depan adalah tidak sah.

Menurutnya, mahkamah masih belum membuat keputusan rasmi berhubung status keahliannya bersama beberapa bekas pimpinan Bersatu yang lain.
Loading...

Tambahnya, beliau masih lagi ahli Bersatu yang sah ketika ini dan masih layak untuk bertanding dalam pemilihan bagi mempertahan jawatan sebagai Pengerusi parti memandangkan beliau telah dicalonkan sebelum ini.

"Dia gugur tak sah. Kita masih lagi ahli melainkan kalau mahkamah kata pengguguran ini sah. Kalau tidak kita masih anggap diri kita ahli, dan (layak) memegang jawatan.

“Dan saya dicalon tanpa ada (pesaing) calon lain, tiada lawan,” katanya seperti dilapor Astro Awani ketika ditemui media selepas Program Bersatu Blackout peringkat negeri Kedah di sebuah hotel, di sini, pada Sabtu.

Tegas Dr Mahathir, beliau akan terus berusaha dan sedang merancang untuk melakukan tindakan susulan bagi mengekalkan kedudukannya dalam Bersatu.
Dr M anggap pengguguran pencalonannya tidak sah Dr M anggap pengguguran pencalonannya tidak sah Reviewed by Me on 20:28 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.