Isu Bukit Malut: 'Ada rancangan pembangunan semula tapi sekarang kita sudah tiada kuasa' - Tun M.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berharap kerajaan akan memberi perhatian terhadap isu penempatan haram Bukit Malut di Langkawi, Kedah, yang telah berlarutan sejak sekian lama.
Katanya, kerajaan sebelum ini bawah Pakatan Harapan (PH) sudah ada perancangan khusus untuk membangunkan semula kawasan itu tetapi tidak sempat melaksanakannya berikutan hilang kuasa pada Februari lalu.

Loading...

Bagaimanapun, beliau mengaku tidak tahu sama ada kerajaan kini akan meneruskan perancangan itu atau sebaliknya.
"Kita ada rancangan nak bangun semula tapi sekarang kita sudah tak berkuasa lagi.
loading...
"Terpulang pada kerajaan yang ada sekarang, sama ada mereka nak teruskan dengan projek yang kita telah rancang ataupun mereka nak buat (perancangan) lain.
"Tapi, memang keadaan ini akan berkembang kerana penduduknya bertambah. Saya harap kerajaan akan beri perhatian pada kedudukan mereka ini," katanya melalui rakaman video yang dimuat naik dalam laman Facebook dan Twitter beliau, hari ini seperti dilapor BH online.
Dr Mahathir turut memuat naik video berdurasi kira-kira dua minit yang memaparkan beliau melakukan tinjauan di kawasan penempatan haram Bukit Malut itu, serta mengambil beberapa gambar keadaan perumahan di situ.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu memaklumkan, kawasan berkenaan asalnya diduduki rakyat Myanmar yang datang dan membina keluarga di situ, termasuk ada yang berkahwin dengan penduduk tempatan.
Melalui tinjauan itu, beliau mengakui keadaan penempatan haram di situ kurang memuaskan, antaranya kerana dibina dalam kawasan laut yang menyebabkan air laut naik hingga ke bawah rumah apabila air pasang, selain masih ada rumah baharu yang dibina.
"Sekarang, anak mereka sudah berkahwin, termasuk dengan orang di sini. Jadi dah bercampur-campur antara orang tempatan dengan orang asal daripada Burma (Myanmar)," katanya lagi.
Sumber: BH Online
Isu Bukit Malut: 'Ada rancangan pembangunan semula tapi sekarang kita sudah tiada kuasa' - Tun M. Isu Bukit Malut: 'Ada rancangan pembangunan semula tapi sekarang kita sudah tiada kuasa' - Tun M. Reviewed by Me on 17:35 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.