Kerajaan setuju laksana lanjutan moratorium, bantuan Bank bersasar kepada yang lebih memerlukan


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada pandemik COVID-19 manakala yang selebihnya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar.

Loading...

Bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, mereka akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh tiga bulan, katanya. 
Muhyiddin berkata, selepas tiga bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing. 
loading...
 “Keputusan ini dicapai selepas berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Gabenor Bank Negara Malaysia,” katanya semasa pengumuman lanjutan moratorium dan bantuan bersasar tersebut hari ini. 
-- BERNAMA
Kerajaan setuju laksana lanjutan moratorium, bantuan Bank bersasar kepada yang lebih memerlukan Kerajaan setuju laksana lanjutan moratorium, bantuan Bank bersasar kepada yang lebih memerlukan Reviewed by Me on 00:57 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.