Mantan menteri kanan, Rafidah Aziz, menyuarakan sokongannya kepada rancangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk memecahkan dominasi ahli-ahli politik veteran.
Rafidah yang pernah diberi julukan Wanita Besi itu berkata, negara patut beralih daripada amalan politik yang memfokuskan pengelasan tertentu seperti kaum, agama dan jantina.
Loading...
Mengikut kata Rafidah, politik berkisar tentang penaiktarafan untuk semua pihak, baik dalam peluang ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosioekonomi.
“Kita sudah pun berdepan dengan perpecahan dan berpuak-puak dalam masyarakat kita, dan diburukkan lagi dengan politiking yang sempit.
“Sekarang, ditambah pula lagi dengan jurang yang berasaskan umur.
loading...
“Kepemimpinan ada dalam diri setiap individu tanpa mengira umur, fahaman, kepercayaan, jantina atau keturunan kerana pemimpin itu memimpin semua orang, bukan hanya satu kumpulan yang tertentu sahaja,” tambahnya.
Syed Saddiq mencuri perhatian apabila dia tidak menyertai Pejuang - parti baru Dr Mahathir Mohamad yang berasaskan Melayu - meskipun merupakan penyokong tegar bekas perdana menteri itu.
Bekas menteri belia dan sukan itu kemudian mendedahkan yang dia sedang mengusahakan satu gerakan anak muda, dengan memetik contoh parti Future Forward di Thailand dan En Marche di Perancis.
“Saya rasa sudah waktunya di Malaysia, untuk memulai gerakan orang muda - teknokrat muda, profesional - ahli politik muda dari pelbagai latar belakang bersatu untuk memastikan suara mereka menguasai dalam dan di luar parlimen,” kata Syed Saddiq. - Malaysiakini
Rafidah Suara Sokongan Syed Saddiq Tubuh Parti Baru
Reviewed by Me
on
21:24
Rating:
No comments: