Warisan akan pertahan kesemua kerusi dimenangi dalam PRU lepas


Parti Warisan Sabah (Warisan) akan mempertahankan kesemua kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 (PRU14) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Bagaimanapun, katanya, beliau akan berbincang dengan rakan-rakan partinya untuk menentukan parti mana daripada Warisan-Plus bertanding di 24 kerusi yang gagal ditawan oleh Warisan pada PRU14, 2018.

Loading...
Dalam Pada PRU14 pada 2018, Warisan menang 21 daripada 45 kerusi yang ditandinginya.
”Kerusi yang dimenangi oleh Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), DAP, PKR pula dipertahankan oleh parti masing-masing,”  katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat  Warisan di sini hari ini.
Mohd Shafie berkata beliau turut meminta setiap ketua bahagian Warisan untuk mengemukakan calon sebelum dibincangkan bersama parti lain bagi memastikan kemenangan dalam PRN nanti.
Katanya, beliau juga telah memaklumkan persediaan Warisan kepada presiden parti dalam Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN.
Mengulas mengenai 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu, beliau berkata parti itu akan menyusun atur dengan baik (penentuan calon) di setiap kawasan DUN berkenaan.
loading...



Dalam pada itu, Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, meminta pengundi di negeri ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.
--BERNAMA
Warisan akan pertahan kesemua kerusi dimenangi dalam PRU lepas Warisan akan pertahan kesemua kerusi dimenangi dalam PRU lepas Reviewed by Me on 00:45 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.