Azmin Dan Zuraida Dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin antara enam yang dilantik menganggotai Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu 2019-2022 dengan pelantikan mereka dibuat oleh Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat MPT semalam.
Bersatu yang baru selesai mengadakan pemilihan parti turut melantik semula Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Setiausaha Agung parti.
Turut dilantik semula ialah Datuk Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari, manakala Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Wan Saiful Wan Jan dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Menteri Kanan Pendidikan Senator Dr Radzi Jidin, kata Bersatu dalam kenyataan hari in.
Selain Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bersatu turut melantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof menganggotai MPT.
loading...


Tiga lagi ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Selangor Datuk Abdul Rashid Asari dan Dr Muhammad Faiz Na'aman.
Selain itu, mesyuarat turut melantik Ketua dan Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) yang menyaksikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai ketua bagi negeri Perak dan Pahang.
"Mesyuarat MPT juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dipengerusikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi tujuan meneliti dan mengkaji Perlembagaan Bersatu,"  demikian menurut kenyataan itu.


Berikut merupakan senarai Ketua dan Timbalan Ketua BPN Bersatu:

Perlis
Ketua: Datuk Seri Hamzah Zainudin
Kedah
Ketua: Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah
Timbalan Ketua: Mohd Taufiq Yaacob
Perak
Ketua: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Ketua: Mohader Ahmad Mohd Ayob
Pulau Pinang
Ketua: Datuk Shabudin Yahaya
Timbalan Ketua: Zulkefli Bakar
Selangor
Ketua: Datuk Abdul Rashid Asari

Loading...
Wilayah Persekutuan
Ketua: Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya
Negeri Sembilan
Ketua: Datuk Eddin Syazlee Shith
Melaka
Ketua: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Timbalan Ketua: Dr Mohd Yadzil Yaakub
Pahang
Ketua: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Timbalan Ketua: Mohd Yazid Yunus
Kelantan
Ketua: Datuk Kamarudin Md Nor
Terengganu
Ketua: Senator Datuk Razali Idris
Timbalan Ketua: Datuk Rosol Wahid
Johor
Ketua: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sabah
Ketua: Datuk Seri Hajiji Mohd Noor
Timbalan Ketua: Datuk Seri Masidi Manjun
Sarawak
Ketua: Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Timbalan Ketua: Datuk Joham Mohamad

Selain itu, mesyuarat turut melantik pengerusi bagi lapan Biro Bersatu iaitu:
Biro Politik: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Biro Pengurusan: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu
Biro Pilihan Raya dan Kajian: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Biro Latihan dan Perkaderan: Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin
Biro Penambahan Ahli dan Cawangan: Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Biro Agama: Datuk Shabudin Yahaya
Biro Ekonomi: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Biro Antarabangsa: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
-- BERNAMA
Azmin Dan Zuraida Dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Azmin Dan Zuraida Dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Reviewed by Me on 04:16 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.