Dakwaan Anwar, PM Muhyiddin Serah Kepada Agong Buat Keputusan



Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan, berhubung dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki majoriti di Dewan Rakyat.

Perdana menteri berkata, kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong itu terkandung dalam peruntukan perlembagaan negara, dan seharusnya rakyat perlu memberikan kepercayaan kepada Baginda, dalam membuat keputusan berkaitan dakwaan tersebut.
Loading...

“Saya sebenarnya tidak mengikuti perkara itu. Saya serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku adalah seorang yang bijaksana, faham dari sudut peranan baginda sebagai yang di-Pertuan Agong. Peruntukan dalam perlembagaan dan sebagainya itu, adalah dalam kuasa penuh Yang di-Pertuan Agong. 

“Maka kita harus memberikan kepercayaan kepada baginda untuk memutuskan apa yang sepatutnya diputuskan," katanya dalam sidang media secara langsung di kediamannya di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Anwar dalam sidang media khas beberapa jam selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong,  memaklumkan telah mempersembahkan dokumen 'sahih’ sokongan lebih 120 Ahli Parlimen terhadapnya kepada Al-Sultan Abdullah.

Menurut Muhyiddin, beliau percaya Al-Sultan Abdullah adalah orang yang paling layak untuk membuat keputusan dalam hal tersebut, kerana keutamaannya kini adalah untuk menguruskan ekonomi negara yang terjejas akibat wabak COVID-19.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu (Anwar menghadap Agong). Apa yang penting bagi saya, keputusan daripada Agong, Seri Paduka Baginda adalah yang paling layak membuat keputusan, dan beliau akan buat keputusan berdasarkan kepada Perlembagaan.

“Keutamaan saya adalah uruskan negara. Saya masih berada di sini sebagai perdana menteri. Tugas dan amanah saya mesti dilaksanakan. Yang menjadi perhatian utama adalah COVID-19 dan ekonomi negara,” tambahnya.

-- BERNAMA

Dakwaan Anwar, PM Muhyiddin Serah Kepada Agong Buat Keputusan Dakwaan Anwar, PM Muhyiddin Serah Kepada Agong Buat Keputusan Reviewed by Me on 05:03 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.