KKM Saran Jangan Adakan Pilihan Raya Pada Masa Ini


Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menyarankan agar tidak mengadakan sebarang pilihan raya buat masa ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya pilihan raya itu tidak dapat dielakkan, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mereka akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk meneliti kaedah berbeza untuk melaksanakan pilihan raya.


Loading...

“(Pertama) tidak boleh rentas sempadan, tiada rentas daerah dan tidak boleh balik kampung untuk pilihan raya. Kedua, tidak dibenarkan perhimpunan dan ketiga, tiada lawatan rumah ke rumah. Jadi ini adalah tiga isu utama yang kami perlu bincangkan dengan SPR sama ada kita boleh laksanakan undi pos dan sebagainya. 

Kami akan terus berbincang dengan SPR untuk memperbaiki keadaan.

“Kami hanya boleh memberi cadangan. Jika ia tidak dapat dielakkan, pilihan raya perlu dilakukan, di bawah Perlembagaan, maka kita perlu meneliti SOP (prosedur operasi standard) bagaimana kita boleh menjalankan pilihan raya dan meminimumkan jangkitan.

“Walaupun SOP itu ada, tetapi apa yang lebih penting adalah pematuhan SOP. Saya rasa kita telah melihat dan mempelajari dari Sabah (pilihan raya). Kita harap kita tidak perlu ulangi konsekuens daripada pilihan raya ini di negeri lain,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan harian COVID-19 di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan berbincang dengan SPR mengenai SOP yang lebih ketat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang bakal diadakan 5 Dis ini, bagi menjamin kesihatan penduduk yang akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu.

Ismail Sabri juga berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pilihan raya kerana ia terletak di bawah bidang kuasa SPR.

Sementara itu, Dr Noor Hisham juga turut menasihatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang merancang untuk membantu mereka yang terjejas dengan pandemik COVID-19, berbuat demikian di bawah kelolaan KKM.

Beliau berkata ini akan memastikan semua peserta akan diberi latihan asas seperti kawalan jangkitan serta penyelarasan dari segi lokasi yang hendak dituju dan apa yang perlu dilakukan, justeru kedua-dua pihak saling melengkapi.

“Ada dua jenis NGO. Satu yang pergi sendiri tanpa memaklumkan kepada KKM, tetapi apa yang merisaukan kami, mereka akan dijangkiti terutama NGO yang tidak mempunyai pengalaman dari segi kawalan jangkitan. Niat itu bagus tetapi kita juga perlu melindungi NGO.

“Lihatlah barisan hadapan kita, mereka juga turut dijangkiti apatah lagi NGO yang turun di lapangan. Kita juga sudah mempunyai beberapa NGO yang telah mewujudkan kluster, yang balik dari Sabah, sudah ada kluster baharu. Di Selangor contohnya, segelintir petugas kami juga dijangkiti,” katanya.

-- BERNAMA

KKM Saran Jangan Adakan Pilihan Raya Pada Masa Ini KKM Saran Jangan Adakan Pilihan Raya Pada Masa Ini Reviewed by Me on 12:28 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.