Langgar Kuarantin: Tiada Tindakan Lanjut Terhadap Khairuddin



Kuala Lumpur: Pejabat Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berhubung tindakan melanggar kuarantin wajib Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kertas siasatan berkenaan dirujuk kepada peguam negara dan memutuskan untuk tiada tindakan lanjut (NFA).


Loading...

"Kertas siasatan dirujuk ke AGC dan arahan untuk kes ini adalah tiada tindakan lanjut kerana dia tidak diserahkan borang 14 B di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

"Berdasarkan keterangan berkenaan, maka AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan," katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan terhadap Khairuddin selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari Turki, pada 7 Julai lalu.

Sebanyak 27 laporan polis diterima berhubung perkara berkenaan setakat ini.

Polis sudah melakukan siasatan terhadap Kharuddin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan media memaklumkan kementerian itu mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Khairuddin pada 7 Ogos lalu, atas kesalahan mengikut Akta 342. - Harian Metro

Langgar Kuarantin: Tiada Tindakan Lanjut Terhadap Khairuddin Langgar Kuarantin: Tiada Tindakan Lanjut Terhadap Khairuddin Reviewed by Me on 00:25 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.