ROS MESTI HALANG PARTI MUHYIDDIN GUNA ‘BERSATU’, KATA KU NAN

BUKIT JALIL: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menggesa Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak meluluskan akronim ‘Bersatu’ pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Tengku Adnan berkata perkataan Bersatu pada parti didaftarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu boleh mengelirukan rakyat kerana ia perkataan biasa yang sering digunakan.
“Saya merayu kepada RoS nak luluskan luluslah, kalau boleh minta mereka jangan gunakan Bersatu kerana ia perkataan yang sering digunakan.
“Ini kerana, kebanyakan status saya gunakan adalah ‘Bersatu Malaysia Maju’,” katanya ketika ditemui pada majlis Perasmian Pembukaan Jalan Sambungan Jalan Jalil Perkasa 7, Bukit Jalil hari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata Umno juga pernah menggunakan perkataan ‘Bersatu’ seperti dalam cogan kata ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’.
“Saya juga tidak faham mengapa dulu RoS luluskan Amanah kerana amanah juga perkataan yang sering digunakan,” katanya.
Bagaimanapun, katanya beliau optimis hanya Umno akan menjuarai hati rakyat kerana parti Melayu itu melalui pelbagai halangan sejak 1959.
“Umno merupakan sebuah parti yang mempunyai fokus dan kita inklusif, bersama-sama dengan bangsa lain.
“Kerana Umno saja yang memperjuangkan kepentingan hak bangsa asing sekalipun,” katanya.
Pada 9 Ogos lalu, Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri menyerahkan borang permohonan pada RoS bagi pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Muhyiddin berkata Bersatu terbuka kepada semua orang Melayu, Orang Asli dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Manakala untuk orang bukan Melayu mereka dialu-alukan sebagai ahli bersekutu.
Bersatu turut menyenaraikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi untuk parti serpihan Umno tersebut. - FMT
ROS MESTI HALANG PARTI MUHYIDDIN GUNA ‘BERSATU’, KATA KU NAN ROS MESTI HALANG PARTI MUHYIDDIN GUNA ‘BERSATU’, KATA KU NAN Reviewed by Faceless on 21:47 Rating: 5

1 comment:

  1. Errr....saya rasa Datuk Adnan mansur juga tidak harus pakai guna gelaran Tengku sebab itu bukan Tengku betul tapi dari Acheh

    ReplyDelete

Loading...
loading...
Powered by Blogger.