Khairuddin Abu Hassan yang pernah di penjara atas dakwaan
cuba mensabotaj ekonomi menyoal Najib Razak mengenai aset 1MDB. Sejurus
dibebaskan dari tahanan Khairuddin berikrar memastikan suatu hari tangan Najib
akan bergari seperti yang dialaminya.- Foto Free Malaysia Today
oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
LANUN BUGIS’ @ NAJIB TUN RAZAK TOLONG SENARAIKAN APA ASET
SYARIKAT 1MDB ADA UNTUK DICAIRKAN BAGI BAYAR HUTANG?! KENAPA DULU DIA TAK
BUAT?!
Saya nampak ‘lanun bugis’ @ najib tun razak dah semakin
sewel dan cuba nak ‘tegakkan benang yang basah!!’
Loading...
Beliaulah penyangak bersama jho low serta kuncu-kuncu mereka
yang menyamun khazanah kerajaan dan duit rakyat!!
Tetapi pada hari ini penyangak najib tun razak yang
berkeperibadian ‘penyamun’ cuba nak bercakap seolah-olah beliau adalah tok imam
masjid!!
Mana boleh seorang ‘penyamun’ seperti najib tun razak nak
mempamerkan keperibadian seperti ulama?!
Tolong tanya ‘lanun bugis’ najib tun razak aset apa yang
syarikat 1mdb ada untuk dicairkan bagi melupuskan hutang-hutang1mdb natijah
dari perbuatan samunan beliau berserta kuncu-kuncunya?!
Saya minta najib tun razak senaraikan secara terperinci
aset-aset syarikat 1mdb dengan nilaiannya sekali untuk dipamerkan kepada
pengetahuan keseluruhan rakyat di tanahair kita yang boleh dicairkan untuk
membayar hutang-hutang ciptaan beliau ketika memimpin kerajaan kleptokrasi
dulu!!
Dulu penyangak najib tun razak terpaksa salahguna kuasa
untuk menggunakan duit-duit dari pelbagai agensi-agensi kerajaan untuk bayar
kadar faedah hutang-hutang syarikat 1mdb!!
Kenapa pada waktu itu ‘lanun bugis’ najib tun razak tidak
mahu lupuskan aset-aset syarikat 1mdb untuk melangsaikan semua kadar faedah
serta hutang-piutang syarikat tersebut?!
Mengapa beliau tidak buat sepertimana dia bercakap pada hari
ini?!
Kini penyangak najib tun razak nak cuba cakap pandai pulak semata-mata
berniat untuk tutup kemungkaran dia sendiri!!
Sebab itu saya katakan bahawa pihak penguatkuasa
undang-undang harus tangkap penyangak najib tun razak, rosmah mansor, riza
aziz, jho low serta kuncu-kuncu mereka di bawah akta SOSMA di atas pengkhianatan
mereka mensabotaj ekonomi negara!!
Kesemua mereka harus ditangkap tanpa bicara sepertimana
beliau buat pada saya dahulu!! Kemudian kesemua penyangak-penyangak ini mesti
dipaksa untuk pulangkan semua hasil samunan yang mereka masih simpan di luar negara!!
Bagi tahu ‘lanun bugis’ @ najib tun razak agar duduk
diam-diam dan hanya bercakap dalam kamar mahkamah apabila dia didakwa pada
bulan februari tahun 2019 nanti!!
Sekarang suruh dia duduk senyap-senyap cukuplah kerana suara
penyangak najib tun razak ini pun amat memualkan keseluruhan rakyat malaysia!!
Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
*Khairuddin Abu Hassan adalah pengerusi gerakan deklarasi
rakyat. Kenyataan terbuka diatas pertama kali disiar di Facebook beliau.
Aset 1MDB apa yang tinggal wahai Najib, soal Khairuddin
Reviewed by Me
on
20:35
Rating:
No comments: