Tindakan kerajaan mengekalkan beberapa akta kontroversi,
walau berjanji untuk memansuhkannya, dikecam oleh badan hak asasi popular
Suaram.
Ia menolak keputusan Putrajaya enggan memansuhkan Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, Akta Pencegahan
Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan (Pota).
Loading...
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhujah
"berlebih-lebih" seumpama kerajaan Barisan Nasional dalam usaha
mempertahankan tiga akta tersebut, kata Suaram lagi.
"Tuntutan [badan] masyarakat sivil terhadap perkara ini
mudah sahaja. Hapuskan Sosma dan Poca. Berikan tahanan peluang membela diri
secara adil di mahkamah sejajar dengan prinsip hak mendapat perbicaraan adil.
"Sekiranya gagal, Pakatan Harapan harus menggugurkan
lakonan ini dan mengakui bahawa mereka tiada bezanya dengan Barisan
Nasional," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam ucapan di perhimpunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
hujung minggu lalu, presidennya Muhyiddin berkata kerajaan ingin mengekalkan
akta-akta tersebut walau ada kelemahannya.
Tambahnya, keputusan itu dibuat antaranya selepas cadangan
jawatankuasa yang mengkaji undang-undang berkenaan yang mahu ia dipinda sahaja
bagi mengekalkan keselamatan. - Projek MM
Suaram jawab Muhyiddin: PH tiada beza dengan BN jika kekal Sosma, Poca
Reviewed by Faceless
on
23:09
Rating:
No comments: