RON95, RON97 turun 27 sen mulai tengah malam ini


Berkuat kuasa tengah malam ini, harga petrol RON95 akan diturunkan sebanyak 27 sen daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter.

Harga runcit petrol RON97 pula akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.

Loading...
Memetik portal Malaysiakini, semua harga itu berkuat kuasa mulai 5 Januari 2019 sehingga 11 Januari 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam satu kenyataan hari ini.

“Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam Sabtu, 5 Januari 2019.

“Seterusnya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini,” katanya.

Menurut Lim, pengumuman harga runcit bahan api itu akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.
RON95, RON97 turun 27 sen mulai tengah malam ini RON95, RON97  turun 27 sen mulai tengah malam ini Reviewed by Faceless on 01:03 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.