Kertas putih Felda dibentang 10 Disember, kata timbalan menteri


KUALA LUMPUR — Kertas putih bagi mendedahkan keadaan kewangan dan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan dibentangkan di Dewan Rakyat, 10 Dis ini.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pihaknya kini di peringkat akhir penyediaan kertas putih tersebut. 

Loading...
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat, semaalam.

Kerajaan pada Ogos lepas telah mengumumkan akan membentangkan kertas putih mengenai Felda berikutan kecelaruan pengurusan dan dibelenggu hutang yang tinggi.

Baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dilaporkan berkata beliau telah meneliti draf pertama laporan tersebut dan mendapati terdapat kecurangan serius yang membabitkan masalah kewangan agensi kerajaan itu.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini. — Bernama
Kertas putih Felda dibentang 10 Disember, kata timbalan menteri Kertas putih Felda dibentang 10 Disember, kata timbalan menteri Reviewed by Me on 17:23 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.