Foto Kosmo!
PUTRAJAYA, 21 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamed berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemimpin Umno bukan disebabkan mereka daripada parti itu tetapi kerana pelakuan jenayah.
Perdana Menteri berkata SPRM mempunyai beribu kes untuk
disiasat ketika pemerintahan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Loading...
“Kita tidak boleh membuat 1,000 kes dalam sehari. Kita tumpu
(kes) yang besar sahaja dan yang besar-besar ini melibatkan (pemimpin) Umno.
“Sebab itu, kita mengambil tindakan terhadap orang ini,
bukan kerana dia (ahli) Umno tetapi kerana dia melakukan jenayah,” katanya
ketika ditanya sama ada SPRM melakukan penyiasatan terpilih ekoran hanya
pemimpin Umno sahaja yang didakwa dengan kes rasuah.
Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah
(JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata SPRM boleh membuka semula
kes pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia bernilai RM4.67 bilion
sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi dan keraguan.
Ditanya sama ada beliau mengetahui SPRM membuka semula kes
pembelian Scorpene, beliau berkata: "Saya tidak menyedari perkara itu”.
Media melaporkan bahawa Najib hadir ke ibu pejabat SPRM pada
Isnin lalu bagi memberi keterangan berhubung kes pembelian Scorpene.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata SPRM akan menyiasat
dakwaan bahawa sebuah kementerian telah memberikan lapan daripada 10 kontrak
secara terus kepada anak seorang menteri. — Bernama
Kes besar, SPRM tumpu pemimpin Umno, kata PM
Reviewed by Me
on
01:58
Rating:
No comments: