Jika sebelum ini bekas menteri dan ketua pemuda Umno Khairy
Jamaluddin mengaku semua ditipu dalam skandal 1MDB kini giliran Najib pula
mengakui ditipu Jho Low. – Foto NSTP
SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau ditipu
oleh Low Taek Jho atau Jho Low dalan skandal 1MDB yang kini menjadi buruan
polis Malaysia dan Interpol.
Bekas Perdana Menteri Najib Razak semasa wawancara secara
eksklusif oleh Sinar Harian ditanya oleh penasihat editorial Karangkraf, Datuk
Abdul Jalil Ali, jika beliau mengakui bahawa dirinya telah ditipu oleh Low.
Loading...
“Ya, kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah
kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini, itu sebenarnya,”
kata bekas Perdana Menteri itu.
“Dia (Jho Low) jelas telah gagal (dalam) tanggungjawabnya.
Kalau dia [Jho Low] buat kesalahan dan pecah amanah, itu bertentangan dengan
undang-undang, jadi tindakan perlu diambil terhadap beliau.
“Sebelum isu 1MDB, Jho Low ada hubungan yang rapat dengan
negara Timur Tengah terutama Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan
lain-lain. Dia berjaya bawa pelaburan.
“Saya melihat dia dari sudut itu kalau kita boleh gunakan
hubungan baik beliau untuk tingkatkan ekonomi. Tapi saya tak tahu hubungan
peribadinya, saya tak terlibat dan tak tahu langsung apa dilakukan (di luar).
“Apa dia lakukan, dikatakan dia ada yatch (kapal layar
Equanimity) besar, kapal terbang, saya tak tahu, hubungan saya dengan dia adalah
hubungan profesional,” kata Najib.
Pada 20 September lalu, Najib mengaku tidak bersalah atas 21
pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dan 4 pertuduhan salah
guna kedudukan sebagai perdana menteri, menteri kewangan dan pengerusi lembaga
penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.
Untuk rekod, semasa di parlimen semalam Najib cuba memberi alasan wang GST RM19 bilion tidak hilang tetapi Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengesahkan bahawa ianya tiada di dalam akaun kementerian.
Najib juga memberi penjelasan bayaran balik cukai GST
sebanyak RM19 bilion tidak dilakukan kerajaan BN terkejut tuntutan bayaran
balik yang tinggi [masih disiasat] sedangkan pada kadar biasa hanya RM8 bilion
setahun dan oleh sebab itu ianya tidak dibayar dan tuntutan tinggi juga
disebabkan pemansuhan GST dan pelaksanaan SST oleh kerajaan PH.
Guan Eng menolak alasan yang diberi Najib dan menuduhnya
sebagai masih dalam ‘denial syndrome’ – sedangkan wang GST RM19 bilion yang
hilang itu berlaku sebelum PH menjadi kerajaan dan memansuhkan GST. – Majalah
Review Malaysia
Jho Low langgar undang-undang tindakan perlu diambil, kata Najib
Reviewed by Me
on
02:07
Rating:

No comments: