Foto Bernama
Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham merekodkan jumlah
pengisytiharan harta tertinggi berjumlah RM75,816,184.00.
Jumlah itu dipaparkan pada protal Perisytiharan Harta oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pautan,
mydeclaration.sprm.gov.my.
Loading...
Berdasarkan portal tersebut, Penasihat DAP Perak itu
mengisytiharkan keseluruhan aset milik dirinya termasuk isteri dan anak, lapor Sinar Harian lagi.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahatir Mohamad pula direkodkan
memiliki aset bersama isteri, Tun Siti Hasmh Mohamad Ali berjumlah RM32 juta.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md
Yusof bersama isterinya turut mengisytiharkan aset sebanyak RM23 juta.
Portal Perisytiharan Harta yang dibangunkan oleh SPRM
disediakan untuk membolehkan perisytiharan harta oleh anggota pentadbiran dan ahli Parlimen kerajaan dipaparkan kepada
masyarakat berdasarkan kepada keputusan kerajaan untuk membuktikan ketelusan
kepimpinan kerajaan.
Sebelum ini, senarai perisytiharan harta anggota Kabinet dan
Ahli Parlimen yang sepatutnya dipaparkan di portal SPRM pada 1 Oktober lalu
ditunda ke 15 Oktober.
Ia berikutan semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen belum
genap tiga bulan tempoh perkhidmatan mereka.
Koo Ham miliki aset RM75 juta, Tun Mahathir pula...
Reviewed by Me
on
15:18
Rating:

No comments: