Tajuddin Rahman mengakui telah lama curiga terhadap 1MDB
sejak dua tahun lalu terutama terhadap Low Taek Jho atau Jho Low.
Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman
mendedahkan bahawa beliau telah mendesak bekas perdana menteri Najib Razak
supaya mengambil tindakan terhadap pengurusan 1MDB dan Jho Low.
Loading...
“Saya masih ingat kata-kata saya ketika itu, kalau tunggu
lama-lama nanti kita akan kehilangan kepercayaan di kalangan rakyat. Rakyat tak
boleh tunggu, mereka mahu tindakan diambil.
“Dia [Najib] senyap….. Jadi saya sebagai seorang anggota
parti dan satu pasukan, peranan kita menyuarakan, memberi pendapat, menegur.
“Ketika Arul Kanda cuba menjelaskan kepada ahli majlis
tertinggi seolah-olah tidak ada apa-apa yang tak betul berlaku, saya persoalkan
bayaran beratus juta yang dibuat kepada syarikat Aabar Investment yang
dikatakan anak syarikat IPIC itu.
“Kita bukan sahaja mahu Umno bangkit semula, kita juga mesti
tangkap dia (Jho Low). Pihak berkuasa dan kerajaan harus berusaha mengesan dan
bawa dia balik,” katanya kepada pemberita di parlimen semalam.
“Isu 1MDB memang kompleks tetapi mereka yang mengkaji
ataupun berpengetahuan dengan lebih mendalam pasti faham bahawa setiap aliran
wang dari 1MDB yang didakwa hilang ialah selepas wang itu dipindahkan kepada
ataupun dijamin oleh pihak Aabar dan pemiliknya, IPIC.
“Mereka yang mengikuti perkembangan 1MDB juga tahu bahawa
Jho Low didapati telah berpakat dengan pengurus atasan syarikat IPIC dan Abu
Dhabi serta bank pelaburan Goldman Sachs untuk menyalurkan sebahagian dana yang
telah dipindah oleh 1MDB kepada Aabar dan IPIC kemudiannya kepada beliau,”
jelasnya lagi. - malaysiastylonews
Saya tegur Jho Low, 1MDB, Najib senyap – Tajuddin Rahman
Reviewed by Me
on
18:06
Rating:

No comments: