Maklumat yang dikeluarkan daripada laporan audit 1MDB bukan
perkara baru, kata firma guaman Shafee & Co yang mewakili bekas perdana
menteri Najib Razak.
Secara spesifiknya, kata firma guaman itu, tindakan
mengeluarkan maklumat berhubung kehadiran ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho
Low menghadiri mesyuarat lembaga pengarah 1MDB sudah diketahui umum sebelum
laporan ketua audit negara dikeluarkan.
Loading...
"Ia sudah didedahkan di parlimen pada 21 Dis 2015 di
mana menteri kewangan dengan jelas menyatakan kehadiran Jho Low di mesyuarat
lembaga pengarah itu adalah sebagai mewakili Putera Turki Bin Abdullah yang
merupakan pemilik Petrosaudi Inc.
"Kehadiran Jho Low pada mesyuarat yang dikatakan itu
juga sudah didedahkan dan dibincangkan dalam prosiding Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC) pada 25 Nov, 2015, di mana ketua audit negara ketika itu
turut hadir.
"Perlu diingatkan bahawa jawapan parlimen dan prosiding
PAC dibuat lebih awal berbanding dakwaan mengarahkan mengeluarkan maklumat
kehadiran Jho Low dalam mesyuarat 1MDB dalam laporan audit berkenaan,"
katanya.
Shafee & Co juga berkata ia merupakan "prosedur
biasa" bagi pengaudit dan yang diaudit untuk berjumpa dan membuat
perubahan pada laporan.
"Ia merupakan prosedur biasa dalam proses pengauditan
apabila pengaudit dan yang diaudit berjumpa untuk membincangkan draf laporan
untuk penjelasan dan membetulkan sebarang maklumat yang tidak tepat, jika ada,
sebelum laporan itu dimuktamadkan," katanya.
Firma guaman itu menambah, Najib akan mengeluarkan kenyataan
medianya sendiri bagi memberikan penjelasan lanjut.
Terdahulu, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mengesahkan
Najib pada 22 Feb 2016 mengarahkan Ambrin Buang, yang merupakan ketua audit
ketika itu, meminda beberapa bahagian dalam laporan audit 1MDB.
Madinah turut mendedahkan setiausaha sulit Najib, Shukry
Mohd Salleh turut mengarahkan bahagian yang menyebut ahli perniagaan Low Taek
Jho dalam laporan itu dikeluarkan. - Malaysiakini
'Maklumat dikeluarkan dari laporan audit 1MDB bukan perkara baru'
Reviewed by Me
on
15:47
Rating:

No comments: