PETALING JAYA, 26 Nov — Laporan penuh mengenai “damage
control” yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas mengambil alih
pentadbiran negara akan dikeluarkan tahun depan, kata Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Katanya laporan itu akan mengandungi butiran mengenai hasil
tindakan oleh kerajaan sekarang dalam menangani masalah yang ditinggalkan oleh
kerajaan sebelum ini.
Loading...
"Kita nak tengok hasil tindakan yang diambil oleh
kerajaan; kedua-duanya – berhubung hutang yang besar yang perlu kita tanggung,
dan juga penstrukturan semula pentadbiran kerajaan.
"Laporan itu akan disediakan oleh kami (kerajaan) dan
akan dikeluarkan tahun depan,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas
menghadiri jamuan malam Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik di sini
malam tadi.
Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan
presiden persatuan itu Tan Sri Sallehuddin Mohamed.
Terdahulu, Dr Mahathir melancarkan Yayasan Alumni Pegawai
Tadbir dan Diplomatik.
Sementara itu, perdana menteri mengulangi jaminan bahawa
Malaysia akan muncul semula sebagai Harimau Asia, di bawah kerajaan PH (Pakatan
Harapan).
"Kami sedang muncul kembali, dengan syarat kita bekerja
keras, jujur dan tidak dipengaruh oleh rasuah dan kita tidak mencuri wang, maka
saya yakin kita sekali lagi akan muncul sebagai Asian Tiger," kata beliau.
Dr Mahathir juga memuji kakitangan awam kerana kegemilangan
Malaysia semasa penggal pertama pentadirannya, dengan menyatakan bahawa
kerjasama mereka yang tidak berbelah bahagi dengan pentadibaran ketika itu
membantu negara mencapai kejayaan.
"Saya bersyukur dalam tempoh 22 tahun itu, saya tidak
hadapi masalah. Sebarang keputusan saya buat, saya yakin akan dilaksanakan oleh
kakitangan awam.
"Kerjasama mantap daripada PTD sebagai jentera kerajaan
itulah yang menjadikan Malaysia ketika itu sebagai Asian Tiger", kata
beliau. — Bernama
PM: Tolak rasuah, tidak mencuri; Malaysia kembali Harimau Asia
Reviewed by Me
on
18:50
Rating:

No comments: