Bantah sidang PAC terbuka, Zambry keluar sebelum disoal


Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bertindak keluar daripada sidang pendengaran awam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Perak sebelum soalan diajukan.

Loading...
Bekas menteri besar Perak membantah tatacara dan amalan prosiding secara terbuka kerana beliau mendakwa tindakan itu tidak sejajar dengan amalan Parlimen, lapor Sinar Harian.

Namun, Pengerusi PAC Leong Cheok Keng berkata tindakan Zambry boleh dianggap menghina jawatankuasa itu berikutan PAC tegas mahu pendengaran tersebut diteruskan.

"Saya tidak hina jawatankuasa. Kalau saya tak hadir, ya, saya menghina jawatankuasa. Kehadiran saya ini sebagai membantah tatacara dan amalan jawatankuasa PAC ini," kata Zambry.

Wakil rakyat Pangkor berkata beliau sedia bekerjasama dan menjawab soalan jika sesi pendengaran kembali berlangsung mengikut "tatacara dan amalan biasa".

Panel pendengaran PAC pagi ini dianggotai tujuh anggota termasuk wakil rakyat BN Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Adun Pengkalan Hulu Datuk Aznel Ibrahim. - Projek MM
Bantah sidang PAC terbuka, Zambry keluar sebelum disoal Bantah sidang PAC terbuka, Zambry keluar sebelum disoal Reviewed by Me on 22:25 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.