KUALA LUMPUR, 26 Nov — Kementerian Pembangunan Usahawan hari
ini mengumumkan penyingkiran Tan Sri Shukry Mohd Salleh sebagai Pengerusi
Lembaga Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) berkuat kuasa serta
merta.
Loading...
Dalam kenyataan hari ini, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd
Redzuan Md Yusof, berkata tindakan ini dibuat selaras dengan Seksyen 5 dan
subperenggan 2(2) Jadual Pertama Akta Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
(Peruntukan Khas) 1978 (Akta 202) berikutan keterlibatan Shukry dalam Laporan Asal
Audit 1MDB.
"Sehubungan dengan itu, apa-apa keputusan yang memberi
implikasi kepada Bank Rakyat yang telah dibuat sepanjang perkhidmatan beliau
sebagai Pengerusi Lembaga Bank Rakyat akan disemak semula dan dibatalkan
sekiranya menjejaskan kepentingan bank," katanya.
Menteri Pembangunan Usahawan akan mengumumkan pelantikan
Pengerusi Lembaga Bank Rakyat yang baharu sebaik sahaja proses pelantikan
dimuktamadkan, menurut kenyataan itu. — Bernama
Terlibat 1MDB, Shukry disingkir pengerusi Bank Rakyat
Reviewed by Me
on
22:28
Rating:

No comments: