Malaysia tidak akan terima Icerd - Tun M


KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).


Loading...

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya pada Jumaat berkata kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.



"Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini," menurut kenyataan itu.


Cadangan meratifikasikan ICERD sebelum ini membangkitkan bantahan banyak pihak yang menyifatkan ia tidak sealiran dengan Perlembagaan Persekutuan. - Astro Awani
Malaysia tidak akan terima Icerd - Tun M Malaysia tidak akan terima Icerd - Tun M Reviewed by Me on 02:11 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.