Ibrahim Ali - Foto Sinar Harian
Datuk Ibrahim Ali “bersyukur” kerajaan membuat keputusan tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Loading...
“Bertakbir” apabila tahu perkara berkenaan, presiden Perkasa berkata langkah tersebut bukan sahaja amat dinantikan, malah “tepat pada masanya”, lapor Malaysiakini.
“Saya bersyukur dan beri penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana hari ini telah buat keputusan muktamad berkaitan ICERD,” kata bekas timbalan menteri.
Ibrahim sebelum itu berhimpun dalam hujan lebat bersama-sama sekitar 50 penyokongnya di Masjid Ara Damansara bagi membantah cadangan meratifikasi ICERD.
Ibrahim Ali ‘bertakbir’ dapat tahu ICERD tidak diratifikasi
Reviewed by Me
on
02:34
Rating:

No comments: