Mahkamah Tinggi George Town memerintahkan Utusan Melayu (M)
Berhad membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada Lim Guan Eng. — Foto oleh
Razak Ghazali
GEORGE TOWN, 23 Nov — Mahkamah Tinggi di sini hari ini
memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi sebanyak RM30,000
kepada Lim Guan Eng, berikutan saman fitnah dikemukakan oleh bekas ketua
menteri Pulau Pinang itu terhadap syarikat penerbitan dan pengarangnya.
Loading...
Keputusan mahkamah itu dimaklumkan oleh peguam Datuk N.
Murali, yang mewakili Lim, yang kini Menteri Kewangan, ketika dihubungi Bernama
hari ini.
Beliau berkata Hakim Datuk Rosilah Yop turut mengarahkan
Utusan Melayu membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Lim, selaku plantif.
Pada 27 Sept lepas, kes saman fitnah itu selesai
selepas pengarannya, Zulklifi Jalil,
yang Pengarang Rencana dan Analisis dan Utusan Melayu memohon maaf kepada Lim berhubung penerbitan
satu artikel bertajuk 'Pengundi Atas Pagar Jadi Penentu?' yang diterbitkan
akhbar itu pada 10 April 2015.
Lim memfailkan saman itu pada 10 Sept 2015 terhadap Utusan
Melayui sebagai defendan pertama dan Zulkifli sebagai defendan kedua.
Dalam kenyataan tuntutannya, Lim mendakwa artikel berkenaan
mengandungi kenyataan fitnah, palsu dan berniat jahat terhadapnya kerana
mendakwa plaintif campur tangan dalam urusan hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang
berhubung isu tanah wakaf. — Bernama
Utusan diperintah bayar ganti rugi RM30,000 kepada Lim Guan Eng
Reviewed by Me
on
16:02
Rating:

No comments: