Saya sudah tiada kuasa bantu peneroka Felda – Najib


Najib Razak menyatakan rasa simpati dengan nasib peneroka Felda yang semakin suram selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan menggantikan Barisan Nasional.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika bertemu peneroka di Jengka 10, Pahang baru-baru ini, ada yang mendakwa pendapatan mereka hanya RM300 sekarang berbanding lebih RM3,000 sebelum PRU14 lalu.
Loading...

“Inilah hakikat yang dihadapi, sebab (itu) saya tak hairan ada pertanyaan tadi (tentang hasil peneroka kurang).

“Di dalam rancangan Felda, dahlah pendapatan kurang, lambat pula bayaran itu. Ini menyebabkan di dalam kawasan-kawasan Felda, keadaan sekarang ini begitu suram. Ada orang kata bukan suram, tapi ‘kami berkabung’.

“Saya nampak bukan sahaja Felda, tetapi keseluruhan kawasan luar bandar (begini isunya),” katanya ketika Sinar Live eksklusif bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Sinar Harian, di sini, hari ini.

“Saya sudah tidak ada kuasa untuk bantu peneroka Felda, saya cuma ada kemampuan untuk buat ucapan di Parlimen, dalam Facebook, Twitter dan sebagainya.

“Saya akan teruskan sebab itu tanggungjawab saya. Saya nak buat apa-apa yang boleh bantu rakyat dan saya Insya-ALLAH akan teruskan,” katanya.

Najib berkata demikian ketika ditanya penonton tentang bantuan yang boleh diberikan Najib terhadap golongan Felda susulan kehidupan peneroka tidak seperti zaman BN memerintah negara.
Saya sudah tiada kuasa bantu peneroka Felda – Najib Saya sudah tiada kuasa bantu peneroka Felda – Najib Reviewed by Me on 16:08 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.