Pemuda Amanah diingatkan supaya tidak leka, cuai dan hilang
fokus dengan kuasa selepas parti itu membentuk kerajaan melalui Pakatan Harapan
(PH) selepas pilihan raya umum (PRU) Mei lalu.
Loading...
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata apabila
menjadi sebahagian daripada kerajaan, ia adalah kesempatan untuk anggota terus
memperjuangkan dan mengukuhkan parti.
“Kita (Amanah) lahir ada sebabnya, kita lahir kerana kita
mahu kejar sesuatu, perjuangan kita belum (selesai).
"Kalau pemuda leka, cuai, bahtera kita tersasar dari
haluan dan matlamat, musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi lawan.
“Bahtera yang kita naiki dan kejayaan yang kita kecapi
adalah bersama; jadi jangan hilang persaudaraan dengan kejayaan yang kita miliki
sekarang ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Pemuda
Amanah Nasional 2018 bertemakan Membumikan Idealisme, Merealisasi Perubahan di
Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar malam tadi.
Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
berkata Pemuda Amanah juga perlu membina karakter, jati diri dalam mendampingi
rakyat bagi memperjuangkan parti agar terus kukuh.
- Bernama
'Pemuda Amanah usah leka dengan kuasa'
Reviewed by Me
on
17:32
Rating:

No comments: