Pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong menyangkal
dakwaan Najib Razak tidak tahu menahu mengenai skandal 1MDB. – Foto
MalayJournal
Tong Kooi Ong mendakwa pada tahun 2015, beliau secara
peribadi memaklumkan Najib di kediamannya bahawa terdapat bukti ahli perniagaan
yang kini menjadi buruan, Jho Low melakukan penipuan terhadap 1MDB.
Tong berkata pertemuan ‘dua mata’ dengan Najib pada 6 Mac
2015 itu diatur oleh anggota parlimen Umno yang tidak mengetahui bahawa beliau
sebelum itu telah berjumpa dan mendapat maklumat berkenaan 1MDB secara langsung
dari Andre Xavier Justo di Singapura.
Loading...
“Saya berjumpa dengan Najib di ruang tamu. Dia mula
memberitahu saya bahawa The Edge salah dan masalah 1MDB adalah model perniagaan
yang membawa terlalu banyak hutang. Tiada kecurian wang.
“Saya beritahu dia sebaliknya. Saya berkongsi dengannya
maklumat yang saya percaya adalah bukti bahawa ia adalah satu penipuan, dengan
Jho Low sebagai dalang.
“Saya menjelaskan bagaimana akaun itu dibuat untuk
melaporkan keuntungan dan mengapa saya percaya wang tunai semuanya telah
hilang.
“Selepas kira-kira setengah jam, dia kesal dan beritahu saya
dia akan menutup 1MDB. Dia tidak mengatakan apa yang akan dilakukannya mengenai
hutang itu.
“Saya kemudian beritahu Najib bahawa Jho Low mesti
dipertanggungjawabkan dan didakwa. Ini mengecewakannya. Dia segera bangun,
berjalan ke pintu dan meminta saya pergi.
“Saya terkejut kerana dia sangat sensitif terhadap Jho Low,”
kata Tong dalam ruangan editorial The Edge hari ini.
Najib pada Khamis mengatakan bahawa Low mungkin telah menipu
1MDB namun berkeras mendakwa tidak tahu apa-apa mengenai penyelewengan 1MDB
tetapi seakan menyalahkan bank Goldman Sachs, peguam serta juruaudit 1MDB
kerana tidak memberitahunya.
Pada Ogos lalu, Jho Low atau nama sebenar Low Taek Jho
didakwa tanpa kehadirannya (in absentia) berhubung lapan tuduhan pengubahan
wang haram di Mahkamah Sesyen di Putrajaya.
Jho Low juga dituduh tanpa kehadirannya oleh pendakwa AS,
bersama dua jurubank Goldman Sachs berhubung kes 1MDB.
Tong Kooi Ong jumpa Najib, disuruh keluar bila cakap Jho Low tipu…
Reviewed by Me
on
05:12
Rating:

No comments: