Najib Razak menyalahkan laporan media berhubung kenyataannya
mengenai Low Taek Jho atau Jho Low. – Foto NSTP
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan
beliau membuat kenyataan ditipu oleh Jho Low dalam urusan melibatkan syarikat
pelaburan milik kerajaan, 1MDB.
Sebaliknya kata Najib komen beliau melalui satu temu bual
baru-baru ini disalah tafsir oleh sebuah laman berita dalam talian.
Loading...
“Kenyataan saya telah dikilas oleh portal tertentu.
“Sebenarnya saya tidak kata (saya) ditipu oleh Jho Low. Saya
kata, kalaulah terbukti nanti (Jho Low melakukan kesalahan dalam urusannya)
maknanya kita telah ditipu,” kata Najib seperti dipetik Utusan Online hari ini.
Najib berkata demikian semasa menghadiri majlis ramah mesra
di Dewan Umno Pekan Tajau, di Maran Pahang yang dihadiri lebih 1000 orang.
Turut hadir anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Nor
Adam dan Pengerusi Jaringan Sukarelawan Malaysia, Hizatul Isham Abdul Jalil.
Jho Low yang diburu polis Malaysia ialah watak utama dalam
skandal 1MDB yang turut melibatkan tindakan perundangan di beberapa negara,
termasuk AS dan Singapura.
Pada 22 Nov lalu Najib dilaporkan berkata ada kemungkinan
beliau ditipu Jho Low yang dituduh menyalahgunakan dana 1MDB.
“Ya, kalau begitu, memang kita (sudah ditipu), itulah
kesimpulan kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini… itu sebenarnya,”
katanya semasa wawancara dengan Sinar Harian.
Saya tak kata ditipu Jho Low, Najib beritahu penyokong Umno di Pekan
Reviewed by Me
on
05:16
Rating:

No comments: