Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan ahli strategi parti
Liew Chin Tong akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Jaringan
Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah kerana fitnah.
Loading...
Dalam satu kenyataan, pejabat Guan Eng berkata beliau juga
telah membuat laporan polis terhadap Azwanddin semalam kerana membuat
"fitnah jahat" menerusi video dalam ucapannya, yang bertujuan menimbulkan
perasaan syak antara orang Melayu dan Cina.
Ini selepas Azwanddin enggan meminta maaf kepada Lim selepas
membuat ucapan dalam video berkenaan yang dirakamkan semasa pelancaran gabungan
baru yang dikenali sebagai "Gagasan Kuasa 3" (G3).
Rakaman ini telah beredar secara meluas di media sosial.
"Alangkah malangnya kita terpaksa berhadapan dengan
individu dan kelompok sebegini yang hanya mahu membuat onar, sedangkan masa
hadapan Malaysia memerlukan semua pihak berganding bahu dan saling bekerja sama
untuk membangunkan negara yang memelihara kebajikan untuk semua, tanpa mengira
kaum, agama, suku, dan negeri.
Dalam satu kenyataan berasingan, Liew berkata beliau juga
akan mengambil tindakan terhadap Azwanddin dan G3 kerana mendakwa timbalan
menteri pertahanan itu mengkhianati rahsia pertahanan negara.
Tindakan terhadap Azwanddin itu dibuat selepas beliau
menyertai G3, sebuah kumpulan yang baru-baru ini berikrar untuk "berperang
dengan DAP". - Malaysiakini
Guan Eng, Chin Tong saman Azwanddin kerana fitnah
Reviewed by Me
on
05:50
Rating:
No comments: