Untuk mengembalikan pemerintahan yang baik dan mampu
bangunkan negara, mereka yang terlibat dalam kegiatan salah perlu diketepikan
dan diambil tindakan.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata individu
berkenaan pula harus sedar nasib mereka ini disebabkan oleh tindakan terdahulu
yang tidak menjalankan tugas seperti dikehendaki.
Loading...
"Semasa saya dilantik sebagai perdana menteri pada
1981, saya ambil alih pemerintahan tanpa banyak masalah, segalanya teratur,
semua orang tahu cara kerja dan tahu apakah kuasa boleh gunakan untuk diri
sendiri atau tidak.
"Masing-masing jalankan tugas dengan sempurna dan dunia
juga iktiraf pentadbiran Malaysia adalah yang terbaik pada masa itu,"
katanya dalam ucaptama sempena Majlis Perjumpaan Pegawai Kanan Kerajaan bersama
Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi di Langkawi, malam
tadi.
Katanya kesan kerosakkan dilakukan pemimpin tertinggi
terdahulu menyebabkan jentera kerajaan yang dahulunya dipandang tinggi dan
berwibawa, kini tidak lagi dianggap demikian.
Mahathir bagaimanapun berkata beliau bersyukur negara kini
semakin pulih, dan dalam tempoh enam atau tujuh bulan lepas, jentera kerajaan
sudah dibersihkan hampir kepada keadaan terdahulu.
Dalam pada itu katanya, beliau juga tidak menjanjikan
sebarang balasan kepada ahli-ahli politik yang memenangkan Pakatan Harapan
sehingga menjadi pemerintah.
"Sekarang kita tentukan pemegang jawatan tertinggi
dalam kerajaan terdiri daripada mereka yang terlatih dan cekap,” katanya.
Beliau berkata memegang jawatan tinggi seharusnya bukanlah
untuk mengisi poket sendiri, sebaliknya jika sudah menjadi sebuah negara maju
walaupun tidak ada balasan, setiap orang akan dapat nikmat.
- Bernama
PM: Pemimpin dulu rosak jentera k'jaan sampai hilang wibawa
Reviewed by Me
on
19:12
Rating:

No comments: