Pakistan mahu belajar dari Mahathir - Imran Khan


PUTRAJAYA - Pakistan berminat untuk belajar pengalaman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam transformasi ekonomi dan pembangunan Malaysia, kata Perdana Menteri, Imran Khan.

Katanya, salah satu sebab utama beliau datang dan membawa delegasinya ke Malaysia adalah kerana kekagumannya terhadap Mahathir.

"Kami melihat anda (Dr. Mahathir) sebagai seorang negarawan, seseorang yang mentransformasikan negara ini.

Loading...
"Kami telah mengikuti kemajuan Malaysia terutamanya sejak Mahathir kembali semula menjadi Perdana Menteri dan parti saya ingin belajar dari pengalaman anda bagaimana anda mentransformasikan ekonomi dan membangunkannya, meningkatkan pendapatan per kapita, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya pada sidang bersama bersama Mahathir, di sini hari ini.

Imran Khan berkata, memandangkan kedua-dua pemimpin dipilih rakyat untuk menjadi kerajaan atas platform anti-rasuah, Pakistan dan Malaysia menghadapi situasi yang sama dari segi hutang yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Kami mahu bercakap dengan anda (Dr Mahathir) mengenai menangani krisis dan bagaimana untuk keluar daripadanya dan saya sangat gembira dengan perbincangan pagi ini," katanya.

Imran Khan kini dalam rasmi dua hari pertamanya ke Malaysia atas jemputan Mahathir. Imran Khan merupakan pemimpin negara pertama mengadakan lawatan rasmi yang diterima Mahathir selepas kembali ke pentadbiran negara.

Semasa pertemuan empat mata dengan Mahathir, Imran Khan berkata, mereka juga berkongsi pandangan mengenai perdagangan, khususnya dalam sektor pelancongan, memandangkan Pakistan mempunyai banyak tempat pelancongan yang masih belum diterokai.

"Malaysia telah bangunkan pusat peranginan yang kita mahu ada di Pakistan, kerana kita mempunyai tempat pelancongan tetapi kita tidak mempunyai pusat peranginan," katanya.

Imran Khan juga telah menyampaikan jemputannya kepada Mahathir sebagai tetamu utama untuk meraikan sambutan Hari Pakistan pada 23 Mac tahun hadapan.

Terdahulu selepas mesyuarat delegasi, Mahathir dan Imran Khan turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian oleh kerajaan Malaysia dan Pakistan mengenai pemansuhan visa bagi perjalanan antara kedua-dua negara untuk pemegang pasport diplomatik dan rasmi. - Bernama
Pakistan mahu belajar dari Mahathir - Imran Khan Pakistan mahu belajar dari Mahathir - Imran Khan Reviewed by Me on 00:37 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.