Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan sebuah kementerian memberikan
kontrak secara terus dengan adanya unsur ‘campur tangan’ anak kepada menteri
berkenaan.
Loading...
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada
beliau menyedari dakwaan berkenaan.
“SPRM akan siasat,” katanya dipetik NSTP pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah
(JKKMAR) Siri 5 2018 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
NSTP melaporkan baru-baru ini menurut sumber yang berkata,
anak kepada menteri berkenaan didakwa mengawal aktiviti kementerian, termasuk
menentukan proses pemberian tender kepada syarikat yang berkaitan.
Pemeriksaan menunjukkan individu berkenaan tidak
disenaraikan dalam direktori Pejabat Menteri.
Kementerian berkenaan ketika dihubungi bagaimanapun enggan
memberi sebarang kenyataan lanjut dan memaklumkan biar siasatan dilakukan SPRM.
Tun Mahathir: Biar SPRM siasat campur tangan ‘anak menteri’ dalam pemberian projek kementerian
Reviewed by Me
on
18:13
Rating:
No comments: