Foto Malaysiakini
KUALA LUMPUR, 15 Nov ― Isteri bekas perdana menteri Datin
Seri Rosmah Mansor dijangka menghadapi dua tuduhan rasuah berjumlah RM5.5 juta
berhubung projek bekalan dan pemasangan kuasa solar di sekolah-sekolah di
Sarawak.
Loading...
Menurut sumber, bekas menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri
Tengku Adnan Tengku Mansor dijangka menghadapi dua tuduhan rasuah berjumlah RM3
juta, manakala ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon akan didakwa kerana memberi
suapan berjumlah RM1 juta kepada Tengku Adnan berhubung penjualan tanah Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman
Ahmad, Azura Alwi dan Rozina Ayob pada 2.30 petang.
Sumber itu berkata kesalahan-kesalahan yang melibatkan
Rosmah, 66, dan Rizal, 44, dipercayai dilakukan pada 2016 dan 2017, manakala
kes melibatkan Tengku Adnan, 67, dan Tan, 70, didakwa berlaku pada 2013 dan
2016.
Pertuduhan ke atas mereka dibuat di bawah Seksyen 6 Akta
Suruhanjaya Anti-Dadah Malaysia 2009 bagi kesalahan menerima gratifikasi yang
boleh membawa maksimum penjara 20 tahun, dan denda tidak lebih daripada lima
kali ganda jumlah berkenaan atau nilai gratifikasi itu yang menjadi perkara
utama dalam kesalahan itu, yang mana gratifikasi seumpama mampu dinilai atau nilai
semulajadi kewangan itu, atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika disabit
kesalahan. ― Bernama
Rosmah dituduh kes seleweng projek solar, Tengku Adnan pula kes tanah DBKL
Reviewed by Me
on
22:59
Rating:

No comments: