Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mula
menyiasat dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1 Malaysia Development
Berhad (1MDB) yang didedahkan baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki
mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan akan memanggil beberapa saksi
bermula esok.
Loading...
“Siasatan baru dimulakan dan sesiapa sahaja akan dipanggil
untuk membantu siasatan, esok dan lusa akan ada beberapa saksi dipanggil,”
katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Terdahulu, SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata
pihaknya telah meneliti dokumen asal laporan tersebut untuk dibandingkan dengan
draf akhir yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.
Sementara itu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah
Mohamad awal hari ini mendedahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah diubah
dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu tentang perkara
tersebut.
Beliau berkata, dua perkara penting yang tidak dimasukkan
dalam laporan itu adalah mengenai kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low
Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB dan berkenaan
status kewangan 1MDB.
Madinah berkata, perkara itu diarahkan bekas Ketua
Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26
Februari 2016 atas alasan ia sensitif dan untuk mengelak fakta diputar belit
oleh pihak pembangkang ketika itu.
Madinah berkata, beliau telah menyampaikan taklimat kepada
mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pindaan kepada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB
sebelum laporan berkenaan dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.
Sembunyi fakta laporan Audit 1MDB, SPRM panggil saksi
Reviewed by Me
on
15:10
Rating:

No comments: