Hajah Saadatul Nafisah Binti Bashir Ahmad bertudung oren. - Foto Milo Suam
Sebagaimana dilaporkan media, di sebalik terdedahnya arahan
yang dibuat oleh Najib Razak untuk meminda laporan audit 1MDB yang jelas ianya
adalah satu bentuk salah laku dan pengkhianatan kepada negara, segala-galanya
bermula dengan hati berani seorang wanita.
Nama wanita berkenaan ialah Saadatul Nafisah yang ketika
berlakunya kejadian arahan meminda laporan audit itu berjawatan sebagai
Pengarah Sektor Audit Kerajaan di Jabatan Audit Negara.
Loading...
Meskipun setelah pindaan sebagaimana yang telah diarahkan
oleh Najib itu telah disempurnakan dan beliau kemudian diarah untuk memusnahkan
salinan asal tersebut, Saadatul Nafisah yang peranannya menjalankan kerja-kerja
audit serta menyediakan laporan audit 1MDB, telah memilih menjadi berani dengan
menidakkan arahan yang diberi kepadanya itu.
Beliau sebaliknya menyimpan satu salinan asal yang belum
dipinda itu dalam simpanannya.
Apabila bersara kemudiannya, beliau menyerahkan salinan asal
tersebut kepada pengganti yang mengambil alih jawatannya iaitu Nor Salwani.
Nor Salwani terus menyimpan salinan itu sehinggalah selepas
itu beliau menyerahkannya kepada Dr. Madinah Mohamad yang dilantik menjadi
Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Ambring Buang pada 23 Februari 2017.
Walaupun memiliki salinan asal yang tidak dipinda itu, Dr.
Madinah sedar beliau tidak mungkin dapat berbuat apa-apa pada waktu itu kerana
pentadbiran kerajaan masih dikuasai oleh Najib dan mereka yang sedia
bersekongkol dengannya.
Hanya apabila BN tumbang pada 9 Mei lalu dan teraju kerajaan
bertukar tangan, barulah Dr. Madinah memaklumkan kepada PAC bahawa laporan
audit yang dibentangkan kepada badan itu adalah laporan yang sudah diubahsuai.
Pada 23 November lalu, Dr. Madinah juga telah membentangkan
laporannya kepada Kabinet berkaitan rentetan peristiwa pengubahsuaian laporan
audit 1MDB itu serta mendedahkan mereka yang terlibat bersama menjayakan arahan
salah laku Najib itu.
Bermakna, tanpa keberanian ketiga-tiga wanita di atas,
segala salah laku, penyelewengan dan pengkhianatan Najib tidak mungkin akan
tersedah kepada pengetahuan kita semua.
Tanpa jiwa berani dan hati cekal mereka juga, segala-galanya
mungkin akan terus tersembunyi daripada pengetahuan rakyat sehingga ke hari
ini.
Yang lebih menarik, Dr. Madinah adalah merupakan isteri
kepada Ketua UMNO Bahagian Kepong, Rizuan Abd Hamid yang pernah berucap
berdegar-degar di Perhimpunan Agung UMNO menyatakan kesediaan untuk mati
mempertahankan Najib.
Ternyata dalam hal ini, isteri Rizuan sendiri tidak sanggup
mati bersama-sama suaminya untuk membela serta melindungi Najib yang terbukti
melakukan salah laku.
Maka, ketiga-tiga wanita ini sepatutnya diberikan penghargaan
dan pengiktirafan yang sewajarnya atas sumbangan mereka membongkar satu lagi
penyelewengan di peringkat tertinggi kerajaan yang diketuai oleh Najib.
*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian kami.
*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian kami.
Tiga wanita berani sebalik pendedahan salah laku Najib Razak
Reviewed by Me
on
01:58
Rating:

God bless these women. My respect
ReplyDelete