DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu Pakatan Harapan (PH) memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memperoleh sokongan.
Dalam kenyataan bersama AMANAH dan DAP petang ini, kedua-dua parti itu berkata Anwar hanya dijangka mampu mendapat sokongan maksimum 96 Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri, sementara usaha Presiden PKR itu untuk menarik sokongan dari Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya selepas tempoh dipersetujui tamat.
Loading...
Kenyataan bersama itu memetik Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.
Kenyataan itu bagi menjawab pendirian PKR awal hari ini yang kekal mencalonkan Anwar yang juga Presiden PKR sebagai Perdana Menteri.
loading...
Justeru, AMANAH dan DAP mahu opsyen kedua dalam mesyuarat PH sebelum ini iaitu Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, diteruskan.
Mereka menjelaskan opsyen kedua yang memberi kelebihan kepada Dr Mahathir itu perlu diteruskan memandangkan Anwar gagal mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
"Usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan sokongan GPS juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi," jelas kenyataan itu.
Mereka menjelaskan, PH dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei lalu bersetuju dua opsyen dalam usaha mengambil alih kerajaan, dengan opsyen pertama menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Opsyen kedua, kata mereka, bersetuju menamakan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Anwar timbalannya.
"Memandangkan ia opsyen yang pernah dibincang dan dipersetujui untuk dipertimbangkan bersama, sekiranya opsyen pertama gagal mendapat sokongan mencukupi, diharapkan PKR kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden (PH) pada 30 Mei yang dipengerusikan Anwar sendiri iaitu menerima opsyen kedua," katanya.
Katanya, DAP dan AMANAH menghormati hak PKR untuk menetapkan keputusan mereka berhubung persoalan itu, namun agak hairan dengan pendirian yang diputuskan PKR.
PKR hari ini memutuskan menolak Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya memilih Anwar ke jawatan itu jika PH berjaya mengambil alih kerajaan. - BH Online
Anwar gagal dapat sokongan, AMANAH dan DAP kekal sokong Dr M calon PM
Reviewed by Me
on
06:29
Rating:
No comments: