Mahathir masih dapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi mendapat kepercayaan rakyat untuk menerajui negara walaupun pelbagai dakwaan yang dilontarkan terhadap beliau.

Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith berkata, Dr Mahathir masih kekal 'duduk' di kerusi itu atas kepercayaan yang diberikan oleh majoriti ahli Parlimen.

Loading...
"Saya masih belum menerima sebarang kesahihan tentang undi percaya yang akan dibuat Pas terhadap Perdana Menteri.

"Melihatkan pelbagai dakwaan yang dibuat terhadapnya, tapi saya percaya Dr Mahathir masih lagi di situ kerana kepercayaan terhadapnya," katanya yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

loading...
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjayakan Program Info On Wheels bersama Jabatan Penerangan Terengganu di Pasar Awam Binjai Rendah, di sini hari ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Persidangan Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di beberapa bahagian di Terengganu dan Kelantan, beliau berkata, ia di luar kawalan.

Katanya, dalam mana-mana parti semasa musim pemilihan, akan ada aktiviti dan kerancakan dalam menunaikan hak serta membuat pemilihan barisan pimpinan yang layak untuk sesebuah parti.

Bagaimanapun, insiden kekecohan sebegitu kadang kala di luar kawalan.

"Mungkin disebabkan kita perlu bekerja dalam masa yang singkat dan pantas, jadi kesilapan-kesilapan teknikal sedemikian mungkin boleh berlaku pada mana-mana parti sekalipun.

"Saya lihat usaha yang dibuat ibu pejabat parti yang sentiasa melakukan penambahbaikan. Ini tidak lain tidak bukan untuk memberikan keselesaan kepada ahli-ahli," katanya. 

Sumber: Sinar Harian
Mahathir masih dapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen Mahathir masih dapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen Reviewed by Me on 23:06 Rating: 5

No comments:

Loading...
loading...
Powered by Blogger.