Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) Negeri Sembilan Dr Rais Yatim diumumkan sebagai Ketua Bersatu
Bahagian Jelebu bagi sesi 2020.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Negeri Zakaria Md
Yusof berkata melalui keputusan itu, Rais mengekalkan jawatannya pada pemilihan
yang berlangsung semalam.
Loading...
Rais mengalahkan pencabarnya, Amran Sameon, yang merupakan
ahli perniagaan.
Sementara itu, Zakaria berkata keseluruhan perjalanan
pemilihan dan mesyuarat bagi 28 cawangan dalam bahagian Jelebu yang berlangsung
semalam, berjalan lancar.
loading...
Bersatu Negeri Sembilan, yang mempunyai lapan bahagian iaitu
Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Port Dickson, Tampin, Rasah, Seremban dan Rembau,
akan menjalankan sesi pemilihan secara berperingkat bermula di Jelebu diikuti
Port Dickson serta Tampin.
Di peringkat cawangan, persidangan dan pemilihan bermula
semalam dan akan berakhir pada 29 Mac depan.
Timbalan Pengerusi Perhubungan Bersatu Negeri Sembilan Eddin
Syazlee Shith sebelum ini turut mengesahkan akan mempertahan jawatan Ketua
Bersatu Bahagian Kuala Pilah.
- Bernama
Rais Yatim ketua Bersatu bahagian Jelebu
Reviewed by Me
on
23:11
Rating:
No comments: