Bekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim. – Foto The
Malaysian Insider
Datuk Seri Abdul Azeez Rahim menjelaskan jumlah keseluruahan
RM22 juta yang didakwa diselewengnya daripada Yayasan Tabung Haji (YTH) untuk
tujuan politik sebenarnya diagihkan melalui program Ziarah Kasih, Jom Bantu
Rakyat dan Ziarah Kasih Ramadan selama setahun bagi membantu golongan
memerlukan.
Loading...
Tambah bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu,
keseluruhan RM22 juta itu telah dimasukkan dalam YTH seterusnya diagihkan
kepada lebih 60 Parlimen dan seramai 100,000 orang menerima sumbangan daripada
tiga program membantu rakyat memerlukan tahun lalu.
“Saya ingin menegaskan bahawa bukan duit Tabung Haji
khususnya bukan duit penabung, pendeposit, makcik-makcik, pakcik-pakcik yang
simpan dalam Tabung Haji dikeluarkan.
“Tak boleh, kita tak boleh keluarkan wang sesiapa mereka
kena datang, tuan punya badan kena datang untuk letakkan cop jari untuk
keluarkan duit,” katanya dipetik Sinar Harian ketika sidang media di lobi
Parlimen.
Katanya, RM22 juta itu adalah hasil daripada pelaburan
perniagaan Tabung Haji berjumlah RM7 juta manakala selebihnya adalah sumbangan
daripada Umno, Kerajaan Persekutuan dan syarikat-syarikat yang tidak mempunyai
perniagaan dengan Tabung Haji.
Dalam pada itu Abdul Azeez turut menegaskan, beliau bersedia
untuk memberi kerjasama kepada polis untuk memberi keterangan penuh berhubung
laporan polis yang dilihat berniat jahat terhadapnya.
Jumaat lalu, Tabung Haji membuat dua laporan polis berkenaan
penyelewengan dana berjumlah RM22 juta dan penjualan 95 peratus pegangan milik anak
syarikatnya melibatkan jumlah RM3.8 bilion.
AUDIT OPERASI HAJI YANG DIKENDALIKAN TABUNG HAJI
Kenyataan media – Rafizi Ramli
Saya mengikuti dengan dekat laporan mengenai langkah-langkah
yang sedang diambil untuk memperbaiki kedudukan kewangan Tabung Haji.
Kedudukan kewangan Tabung Haji nampaknya parah, seperti yang
dilaporkan oleh The Edge Market semalam. (baca:
http://www.theedgemarkets.com/article/spv-buy-underperforming-tabung-haji-assets)
Sekarang ini, bagi setiap RM1 hutang yang ditanggung Tabung
Haji, nilai aset yang ada (dan boleh dilupuskan, jika perlu) untuk membayar
hutang-hutang itu hanyalah 80 sen. Maksudnya, Tabung Haji tidak berkemampuan
untuk membayar hutang-hutangnya sekarang.
Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Saya telah turun naik
mahkamah, keluar masuk lokap menyatakan perkara ini. Ramalan dan unjuran
kewangan yang saya pernah terbitkan, ternyata tepat.
Fokus kita sekarang ialah bagaimana memperbaiki kedudukan
kewangan Tabung Haji tanpa ia memberi kesan yang mendalam kepada
pendeposit-pendeposit, terutamanya yang miskin.
Dalam keadaan sekarang, ada beberapa kesan kewangan yang
terpaksa ditanggung oleh pendeposit:
1) Secara undang-undang, Tabung Haji tidak boleh
mengisytiharkan dividen. Kesannya besar – yang kurang kaya dan menabung, mereka
menunggu lebih lama untuk mencukupkan simpanan untuk ke Mekah, kerana tiada
lagi keuntungan atas simpanan mereka.
Kesan yang lebih besar ialah apabila penabung yang kaya
mengeluarkan simpanan mereka kerana mereka tidak mendapat keuntungan dari
menabung di Tabung Haji. Ini akan menyebabkan kedudukan kewangan Tabung Haji
makin parah, tidak ubah seperti “ibarat sudah jatuh ditimpa tangga”.
2) Tabung Haji terpaksa mencatatkan keuntungan dari operasi
yang lebih tinggi untuk menutup penyelewengan di masa lalu. Ada dua cara
meningkatkan keuntungan – sama ada memotong kos operasi atau menaikkan harga
pakej haji.
Saya bimbang jika pengurusan Tabung Haji mengambil langkah
menaikkan harga pakej haji (sama ada dengan memotong subsidi yang diberikan
selama ini, atau betul-betul menaikkan harga pakej).
Saya faham keadaan kewangan Tabung Haji sekarang dan perkara
yang paling mudah ialah menaikkan harga pakej (atau memotong subsidi haji)
kerana kerosakan di Tabung Haji adalah disebabkan pentadbiran yang dulu.
Namun, saya suka mengingatkan pengurusan Tabung Haji dan
kerajaan Pakatan Harapan bahawa tindakan yang bertanggungjawab mestilah
melibatkan penelitian ke atas setiap kos yang terbabit di dalam pengendalian
operasi haji:
1) Apakah tiket penerbangan benar-benar harga yang terbaik?
2) Apakah kos penginapan di Mekah telah dirunding dengan
terbaik?
3) Apakah semua kos lain yang ditanggung dan dikenakan ke
atas jemaah haji memberi nilai terbaik?
Oleh itu, saya menyeru supaya Tabung Haji menubuhkan satu
pasukan bebas untuk menjalankan audit menyeluruh ke atas operasi pengendalian
haji untuk memastikan tidak ada unsur rasuah, penyelewengan, komisen dan
sebagainya.
Ini bagi memastikan kos haji yang dikenakan ke atas setiap
jemaah haji adalah kos yang benar; bukan termasuk unsur-unsur keuntungan yang
tidak patut dan diwarisi dari pengurusan dahulu.
Rafizi Ramli – 6 Disember 2018
Azeez kata RM22 juta bukan duit pendeposit Tabung Haji
Reviewed by Me
on
13:36
Rating:
Reviewed by Me
on
13:36
Rating:

No comments: