IPOH - Kongres luar biasa Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA)
malam ini sebulat suara secara rasmi melantik Menteri Besar Perak, Datuk Seri
Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan berkenaan.
Loading...
Ketika ditemui pemberita, Ahmad Faizal berkata, beliau
berbesar hati dengan pelantikan itu, selain berharap momentum kejayaan Perak
dapat diteruskan pada musim hadapan dengan sokongan semua pihak termasuk
pengurusan terdahulu.
"Saya yakin kerjasama daripada semua pihak termasuk
mereka yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia selepas 18 tahun dapat kita
teruskan.
"Malah kita akan mantapkan lagi (pasukan) supaya
membawa kejayaan lebih besar, kalau pun tak di peringkat antarabangsa, kekalkan
kejayaan di peringkat nasional," katanya di sini.
Pada 28 November lalu, Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang menyatakan kesediaan untuk memegang jawatan
Presiden PAFA sepertimana dipersetujui dan dicadangkan anggota gabungan PAFA. -
Bernama
MB Perak dilantik sebagai Presiden PAFA baharu
Reviewed by Me
on
13:40
Rating:
Reviewed by Me
on
13:40
Rating:

No comments: